xXxM@RuB@bExXx

Friday, April 26, 2013

Cantik...

Hari nie keje aku asyik mengadap blog aku nie, sambil cari info macam mana nak cantikkan lagi blog aku nie..biarpun aku suka simple, tapi aku nak juga mata orang yang tengok blog aku nie kata 'Wah, sedap skit mata memandang. Ada 'entertainment' skit, bak kata omputih... Tapi, aku tak tahu lagi macam mana komen orang pasal blog aku nie..harap2 oklah..tolong komen ya..kesian blog aku...hehe

Thursday, April 25, 2013

Kereta, Motosikal Aku Dan Dia..

Nie aku nak tunjuk kereta, motosikal aku dan dia selama kita orang couple...
Mesti semua dah tau kn kereta kat bawah nie anak aku yang baru jer keluar, QMU 6443..hmm..x sabar nak upgrade, nak modified anak aku nie...



Nie kereta ke-4 milik kita orang..

MYVI QAK 7620..hmmm...rasa2 xda lh pic dia..dlm handphone xda, dalam muka buku pun xda...tp xpa..lain kali aku akan upload pic kreta dia..MYVI QAK7620 nie kereta ke-3 milik kita orang...

QAK 7620

QAK 7620
Pic nie aku baru jer upload..curi2 ambik pagi 26/04/2013 sblum turun keje..hehe..

Seterusnya, QMS 6443..haaaa....nie bukan kereta, tapi motosikal...Motosikal Scooter Ego S..kaler pink lagi...yang nie, aku pakai dulu waktu nak turun praktikal lepas habis belajar ambik Safety and Health...hmm...xder lesen babe..nasib baik polis trafik kasi lepas, tu pun gara2 pakai coverall..jadi orang x perasan..hehe...


Camner ok?..Motosikal adalah harta besar kita orang yang kedua..dan yang paling lama sekali Kancil yang penuh dengan kenangan suka duka..QMH 6443..masa tu masih P lagi..tp skarang dh x main lesen P..hehe..moto jer xder lesen...masa tu mmg kuat nak modified kreta kancil nie..selama kita orang dh beli kereta nie, rasa2 aku, dah 25 k dh kluar nak modified kereta nie..nak spray baru lagi..


Nie waktu nak modified speaker belakang tu..BOOM...BOOM...

Biar pun nampak simple..tapi kereta tu dah banyak berjasa kat aku dan dia..

Nie pic aku dan dia baru habis Graduation ceremony..bergambar dengan Si Kancil Kesayangan...

Yang nie pic aku dan dia dan adik angkat kita orang..kita orang yang tua nie nampak rendah jer berdiri kat tepi adik angkat..hehe

Mesti u alls tertanya2 pasal nombor kereta kita orang banyak pakai 6443 melainkan yang satu tu jer..anak si dia tu, datang dari Kuching,...pasal tu nombor pelik, plat pun lain dari yang lain...bapak si dia nie penah bagitau kat kita orang, nombor nie bagus..cuba kira...6 + 3 = 9, pastu  4 + 4 = 8,...jadi, 98...nombor nie kira bertuah lah kalau dalam FengShui orang cina nie..kaya banyak..banyak kaya..hehe...duit lai..duit lai...pasal tu lh nombor anak2 kita orang nie 6443...sekian...

Aku Dan Dia...


Ni lah orang yang paling aku sayang selain family aku,..kt org stay sama 1 rumah..hensem kan..kalau kat
Johor sana mesti bnyak yg kenal..sebab dulu dia penah gak keje kat Johor..10  tahun beb...skarang dh balik Miri,..dh lm dh..sma umur ngan aku..mcm2 dh suka duka yg kita org tempuhi,..sampai sekarang, Thanks To God kita orang happy..enjoy life bila xda keje nak buat..aku ngan dia nie kadang2 sama kepala,..tapi bila dh x sama kepala, sorang pn x nak mengalah..hehe...


Pic posing ngan anak aku..SAGA FLX QMU 6443..hehe..dia pnya MYVI..kalau bersama..KANCIL..Kenangan waktu dahulu yang sekarang nie dok rumah jer..x gie mana2..QMH 6443

Aku Dan Dia yang Gila-gila...


THE LOST TRIBES OF SARAWAK - ETNIK MIRIEK

Ha...nie artikel yg aku baru jer baca psl kaum yg ad kat bandar aku nie..bangsa yg paling lm yg penah menetap di miri, sarawak mengalahkan bangsa2 lain..kira origin ethnic miri lh..kat bwh nie info psl mrk...

THE LOST TRIBES OF SARAWAK - ETNIK MIRIEK

Etnik Miriek, inilah satu nama etnik yang mungkin masih tidak dikenali oleh rakyat Sarawak sendiri. Etnik Miriek ini merupakan penduduk asal dan pengasas kepada Bandar Miri, iaitu salah satu Bandar terpenting di dalam sumber ekonomi di Malaysia. Populasi etnik Miriek sekarang juga tidak diketahui memandangkan tiada sumber populasi rasmi yang dikeluarkan untuk etnik ini dan hanya pada tahun 1988 etnik Miriek dikatakan seramai lebih kurang 2000 orang.

Asal keturunan untuk etnik Miriek adalah mereka yang menjadi penduduk asal kepada Sungai Miri. Beratus-ratus tahun dahulu hanya etnik Miriek yang mendiami kawasan sungai ini seperti di Likoh Miriak, Padang Likud dan Sungai Taniku. Menurut legenda asal keturunan etnik Miriek ini, etnik ini sebenarnya telah dipaksa berpindah dari kawasan pedalaman Sungai Miri sehinggalah ke kawasan pantai kerana perang perluasan kuasa oleh etnik Kayan. Etnik Miriek ini yang dikenali sebagai etnik yang cintakan kedamaian telah banyak mengalah dan berpindah randah demi survival etnik mereka.

Etnik Miriek sebenarnya terbahagi kepada 2 sub-etnik iaitu Miriek Bahut dan Miriek Permaisuri. Miriek Bahut dikatakan adalah sub-etnik yang asli iaitu Miriek Asli. Manakala Miriek Permaisuri adalah etnik miriek yang dikatakan berketurunan daripada perkahwinan antara anakanda Ratu Permaisuri daripada Sulawesi, Indonesia yang bernama Tahir dengan wanita Miriek Bahut bernama Timah. Melalui cerita lisan orang-orang tua etnik Miriek juga ada menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin sub etnik Miriek Bahut dan Miriek Permaisuri iaitu Deng dan Sureng telah berkomplot memastikan bahawa anak-anak mereka berkahwin dengan anak-anak pemimpin di sekitar Miri bagi memastikan bahawa kelangsungan etnik ini di dalam kaum yang lain di Miri.

Etnik Miriek mempunyai satu bahasa tempatan yang dikenali sebagai Tuttot Meirek. Dipercayai bahawa bahasa Tuttot Meirek ini adalah bahasa etnik yang tertua di dunia yang telah digunakan menjadi bahasa pertuturan sejak 300 ke 400 tahun dahulu. Walau bagaimanapun penyelidikan tentang bahasa Tuttot Meirek adalah amat berkurangan sama sekali.

Pada asasnya populasi etnik Miriek di Miri boleh dibahagikan mengikut sub-etnik mereka. Sub-etnik Miriek Permaisuri ramai mendiami di kawasan seperti Kampung Wireless, Miri manakala sub-etnik Miriek Bahut ramai mendiami di kawasan seperti Kampung Pujut Seberang, Kampung Pujut Padang Kerbau, Kampung Pangkalan Lutong, Kampung Bekam, Kampung Pujut, Lopeng dan Sungai Miri. Jika melihat kepada kawasan populasi etnik Miriek ini, mereka bukanlah hilang di Sarawak tetapi sebenarnya etnik Miriek itu ada cuma mereka telahpun diasimilasikan di dalam masyarakat Melayu Sarawak samada dengan perkahwinan campur yang menjadi adat resam mereka sejak berzaman lamanya.

Inilah sekelumit sejarah tentang Etnik Miriek salah satu masyarakat etnik Sarawak yang dikatakan telah hilang di Sarawak. Sesungguhnya setiap kehilangan etnik itu mesti ada sebabnya dan ianya tidak akan hilang begitu sahaja seperti debu ditiup angin. Borneo Oracle mengalukan sebarang nilai tambah informasi untuk paparan kali ini agar kita lebih mengenal apa yang terjadi kepada saudara Bangsa Sarawak kita yang lain.

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta.

Borneo Oracle ♥ Sarawakian



Wednesday, April 24, 2013

The Girl With The Dragon Tattoo...


Dulu aku penah mention nak buat tattoo..kat bawah nie adlh proses cover up tattoo naga yang aku banggakan sampai sekarang..nak buat tattoo baru, fulus blom ad,..hehe...kalau ad, pn hutang minta byr...hmmm...huh...

ha...nie proses tukang tattoo tu tengah melakar garis2 tattoo pakai machine..masa tu blom berapa sakit..baru mula..



yang nie, proses melukis kepala naga kesayangan aku..cover up untuk naga yang x jadi..huh..malu..malu..

Clear x?...ad nampak kepala naga dh terbentuk?...

Aduh,...yang nie sakit skit...tgk blakang aku tu pn dh tau..merah padam dh..mmg sakit..kalau x tahan buat tattoo nie, mmg nangis lh orang tu..

Waktu nie, dh ok skit dh..kat bahagian tulang blakang tadi mmg sakit..kalau tempat yang ad isi, lemak skit tu x sakit..

Tadi, tukang tattoo tengah buat sisik naga,...mmg sakit..nampak kn..

Masa makan...huh..lapar...lapar gara2 menahan sakit..

kat sini boleh tengok, tukang tattoo tu dh buat lining, dengan colouring..tp kat sini xda colour,..hitam jer..

nie pic dari dekat..komen?


yang nie, tattoo dh siap..cantik kan..suka..suka...dh pakai baju balik...


simpan powder dh...simpan lotion baby dh..biar nampak berkilat..hmm..cantik..


Macam mana?..ad berani?..bagi yang tak tahan sakit tu, aku nasihatkn janganlh, kalau x tahan..orang macam aku nie lasak skit..jenis tahan sakit..

2013..

Wah..dh lama juga x blogging..nak pendekkan cerita, cerita panjang..bila dh busy beberapa bulan nie, tambah lagi ada facebook, mmg susah nak layan blog,..nak tulis pun masa tu crita blom ad..eh, sebenarnya crita ad, malas jer nak pikir2.

Tahun 2013 memang banyak yang berlaku. Impian pun dah macam2, kalau dulu berangan nak beli rumah, rumah dh ad, cuma tinggal nak apply loan jer kat bank. Nak kereta baru, kereta dah ada, QMU 6443, Saga FLX kebanggaan ku..hehe..nak dapat Saga nie pun susah, nak harapkan family tolong, adik blacklistlh pulak, adk beradik yang lain, huh, haram jadah...nak mintak tolong pun susah...tapi xpa, Saga dh ad depan mata..

                                     Besar gedebak pic nie...aku dn kreta aku..QMU 6443

Impian sekarang nak buka bisnes lh plak..hmmm..mmg dari dulu pn minat aku nie nak buka bisnes, tapi ap boleh buat, modal blom ada..ingatkn nak berjinak2 kat bisnes cuci kereta dulu, biasalah nak cari bisnes yang pakai modal kecik dulu..kalau nak besar, modal pun besar. Nak pinjam kat bank, huh,..sampai ke tua lh x dpat..bank nak tu lah, ini lah..hmm..memang patut pun banyak anak bangsa yang nak majukan diri, nak melangkah lebih, semua banyak yang sangkut kat bank,...musnahlh impian, segala harapan nak jadi bisnes man..

Bila pikir balik, hmm, siapalh boleh tolong aku ni?.. Tiap-tiap hari bila turun jer keje, otak asyik sangat pikir, melamun, bila lah nak kaya nie..dh macam2 dh aku buat..semua x dapat,..nak tunggu nasib, umur pun dh tua..nak x nak, trpaksa lh tunggu bbrapa bulan lagi utk cuba balik pinjam kat bank..sori, lupa nak mention, nama masih baru kat bank, belum sampai 6 bln, pasal tu bank blom terima kalau nak pinjam kat bank...hehe..

Hmm...pasal crita aku dengan dia...lain kali aku crita...x lama lg dh nak balik..eh..jam baru 15.21 pm...masih lm tu..sejam lagi..hmm..nak tgk benda lain plak..cheerio...